Connect with us

Oh! Media

Aktor Terkenal Korea Selatan, Park Seo-Jun Sertai #TeamMILO!

Oh! Lifestyle

Aktor Terkenal Korea Selatan, Park Seo-Jun Sertai #TeamMILO!

Bukan biasa-biasa!!

ADVERTISEMENT

Buat julung kalinya, MILO® Malaysia bergabung tenaga bersama aktor terkenal daripada Korea Selatan, Park Seo-Jun yang diangkat sebagai Sahabat MILO®.

Bermula Ogos, MILO® dan Park Seo-Jun telah menyemarakkan tenaga rakyat Malaysia menerusi variasi produk MILO® yang berkhasiat dalam stik pek yang mudah dibawa untuk memenuhi keperluan gaya hidup individu.

“Menerusi kolaborasi ini, kami ingin memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus melangkah jauh, walau apa jua yang ingin dicapai setiap hari, disemarakkan lagi dengan khasiat dan tenaga MILO®.

Dengan rangkaian variasi MILO® yang pelbagai, kami yakin pasti ada MILO® untuk setiap individu,”- Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Bintang terkenal daripada negara Kimchi itu menyertai jutaan rakyat Malaysia kekal bertenaga dengan kebaikan MILO® yang diperbuat daripada barli malt, susu dan koko dengan gabungan vitamin serta mineral penting yang membantu membebaskan tenaga untuk melangkah lebih jauh.

Minuman yang tidak asing lagi dengan rasa coklat malt ikonik, MILO® turut menampilkan rangkaian produk berkhasiat yang sesuai untuk golongan dewasa yang mahukan kemudahan dan kepelbagaian.

Dengan pelbagai variasi seperti MILO® with Whole Grain Cereal, MILO® 3-in-1, MILO® Original dan MILO® Less Sugar, minuman ini mengandungi kebaikan unik tersendiri yang menepati keperluan, cita rasa dan gaya hidup semasa pengguna, termasuklah Park Seo-Jun.

Bagi peminat Park Seo-Jun, jangan lupa dapatkan pek minuman MILO® 3-in-1 dengan wajah aktor kegemaran anda di pasaraya berhampiran.

Dalam pada itu, MILO® mengumumkan lebih banyak aktiviti menarik istimewa untuk peminat setia MILO® dan Park Seo-Jun.

Untuk konten eksklusif kolaborasi bertenaga MILO® bersama Park Seo-Jun serta maklumat lanjut tentang kebaikan rangkaian variasi MILO® layari www.milo.com.my.  

                                                                      

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas