Connect with us

Oh! Media

adidas Perkenal Rangkaian Inovatif Deodoran Aktif & Produk Mandian, Bantu Beri Kelembapan Pantas

adidas Oh! Media

Oh! Lifestyle

adidas Perkenal Rangkaian Inovatif Deodoran Aktif & Produk Mandian, Bantu Beri Kelembapan Pantas

Bersenam dan gaya hidup yang aktif telah terbukti dapat memberi manfaat kepada tubuh badan. Tapi tahukah anda, bersenam dengan kerap boleh menyebabkan geseran pada kulit, pendedahan yang berlebihan pada cahaya matahari dan pembersihan kulit yang berlebihan.

ADVERTISEMENT

Adakah anda sedar bahawa penjagaan badan sebelum dan selepas sukan sebenarnya penting untuk kulit? Susah juga kalau badan dah sihat tapi kulit pula bermasalah!

adidas Perkenal Rangkaian Buat Mereka Yang Sukan Gaya Hidup Aktif

Rangkaian Active Skin & Mind dicipta dengan teliti bersama saintis sukan yang mengandungi deodoran dan produk mandian yang berfungsi bersama-sama sebagai sistem sokongan aktif. Ia dapat membantu menyegarkan kulit dan minda sebelum melakukan aktiviti fizikal.

Rangkaian baru ini berfungsi untuk menyegarkan dan mengimbangi semula deria selepas bersenam, direka untuk membantu anda mencapai prestasi dan pemulihan yang optimum.

Diuji secara dematologi- bantu pulih kelembapan

adidas Active Skin & Mind telah diuji secara dermatologi mengandungi gliserol unik kompleks dan asid hyaluronik – bahan berkuasa semulajadi yang wujud dalam kulit kita. Ia membantu pemulihan kelembapan kulit yang cepat dan meningkatkan tahap penghidratan kulit, sambil melindunginya daripada kekeringan.

Menghubungkan minda dan tubuh, rangkaian Active Skin & Mind turut diformulasikan dengan pati minyak semulajadi, yang membangkitkan deria sebelum bersenam dan membuatkan orang berasa segar dan santai selepas bersenam, membantu mereka yang aktif memulihkan kulit dan minda.

Variasi Produk Active Skin & Mind

Gel mandian Active Skin & Mind menggunakan formula bebas sulfat dan bersih, sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit sensitif.

Formula gel mandian vegan adalah 98% terbiodegradasi, dibungkus dalam 100% bahan kitar semula dan boleh diisi semula, manakala pembungkusan untuk deodoran roll-on dibuat dengan 25% kaca kitar semula dan 98% penutup plastik kitar semula.

Produk mandian (6 variasi)

  • Adidas Active Skin & Mind Deep Care Shower Gel 400ML 
  • Adidas Active Skin & Mind Energy Kick Shower Gel 400ML (Orange) 
  • Adidas Active Skin & Mind Skin Detox Shower Gel 400ML 
  • Adidas Active Skin & Mind Pre-Sleep Calm Shower Gel 400ML 
  • Adidas Active Skin & Mind Energy Kick Shower Gel 400ML (Lemon) 
  • Adidas Active Skin & Mind Cool Down Shower Gel 400ML 

Harga: RM 29.90/ setiap satu

Deodorant  (3 variasi)

  • Adidas Active Skin & Mind Energy Kick Deodorant Body Spray 100ML 
  • Adidas Active Skin & Mind Instant Cool Deodorant Body Spray 100ML 
  • Adidas Active Skin & Mind Pure Fresh Deodorant Body Spray 100ML 

Harga: RM 23.90/ setiap satu

Baru-baru ini juga adidas Malaysia telah menganjurkan SKIN & MIND PR BOOT CAMP, yang mengumpulkan pempengaruh dan media melakukan aktiviti kecergasan dan segar kembali dengan rangkaian produk adidas Active Skin & Mind.

Produk adidas Active Skin & Mind boleh di dapati di kedai fizikal dan dalam talian Watsons serta Shopee.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas