Connect with us

Oh! Media

10 Tanda Sakit Buah Pinggang Kronik, Antaranya Sering Berasa Lesu Dan Lemah

Oh! Lifestyle

10 Tanda Sakit Buah Pinggang Kronik, Antaranya Sering Berasa Lesu Dan Lemah

Tanggal 10 Mac merupakan Hari Buah Pinggang Sedunia bagi tahun 2022. Bertemakan Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua atau Kidney Health for All, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai betapa pentingnya kesihatan buah pinggang.

ADVERTISEMENT

BACA: Terharu Isteri Sanggup Derma Buah Pinggang, Along Eyzendy Luah Isi Hati

Menerusi satu perkongsian di Facebook, KKM menyenaraikan 10 tanda-tanda penyakit buah pinggang kronik. Salah satunya adalah sering merasa lesu dan lemah serta pucat kerana kekurangan darah merah.

Tambahnya, sebahagian besar pesakit buah pinggang dikesan ketika buah pinggangnya sudah rosak 90%. Penyakit ini boleh dikesan pada peringkat awal melalui ujian air kencing, pemeriksaan tekanan darah dan ujian darah.

Nak tahu lebih lanjut mengenai penyakit buah pinggang? Jom baca keterangan daripada portal MyHEALTH ini.

End Stage Renal Failure (ESRF) merupakan kegagalan buah pinggang tahap akhir yang juga dikenali sebagai penyakit kerosakan buah pinggang yang kekal. Berhadapan dengan penyakit kronik bukanlah merupakan sesuatu yang mudah dan memerlukan proses transisi daripada proses diagnosa kepada proses rawatan dan seterusnya pengurusan diri. Ketidakupayaan, kebergantungan terhadap orang lain, dan stigma masyarakat, perubahan cara hidup,kos rawatan yang mana secara tidak langsung memberikan kesan kepada perjalanan rutin harian yang biasa dilakukan. Masalah ini akan memberikan kesan kepada aspek kerohanian, psikologikal, sosial dan keluarga dan seterusnya akan mempengaruhi fizikal, emosi dan pemikiran pesakit.

Menurut Yayasan Buah Pinggang Amerika (2005) mendefinisikan keadaan buah pinggang yang kronik hanya berada pada tahap 10% kapasiti normal. Penyakit ini berlaku apabila buah pinggang tidak lagi berupaya menapis bahan buangan secara normal.

Punca-Punca Penyakit Buah Pinggang

Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit buah pinggang tanpa mengira umur. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah orang mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding yang lain bergantung sekiranya mempunyai faktor-faktor yang berikut :

  1. Penyakit kencing manis
  2. Penyakit tekanan darah tinggi
  3. Mempunyai sejarah keluarga penghidap masalah buah pinggang
  4. Are Older (tua sebelum usia) / menampakkan seseorang sebelum usia sebenar

Tanda-Tanda Awal Mengalami Masalah Buah Pinggang

Kebanyakkan orang tidak mengalami simptom yang teruk sehingga mengalami kerosakan buah pinggang yang teruk. Walau bagaimanapun, tanda-tanda awal tersebut dapat diperhatikan sekiranya mengalami situasi berikut:

  1. Merasa keletihan dan tidak bertenaga.
  2. Mudah hilang fokus.
  3. Hilang selera makan.
  4. Mengalami masalah tidur.
  5. Mengalami kekejangan otot pada waktu malam.
  6. Mengalami bengkak pada kaki dan sendi.
  7. Mengalami bengkak di sekeliling mata terutama pada waktu pagi.
  8. Mempunyai kulit yang kering dan gatal.
  9. Membuang air kecil yang kerap terutama pada waktu malam.

Ha, kalau korang ada tanda-tanda yang disenaraikan di atas, silalah ke hospital dengan segera untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Untuk maklumat lanjut, korang bolehlah melayari portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia di sini.

Kredit: MyHealth | KKM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas