Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang isteri memarahi suaminya dengan perkataan tidak baik.
Hati-hati para isteri
Mengulas kepada video viral itu, pendakwah Ustaz Wadi Annuar menjelaskan redha seorang isteri terletak di tangan seorang suami. Ianya sama seperti redha seorang anak adalah pada redha ibunya.
Kalau tak sempat bertaubat dan tidak diampunkan oleh Allah SWT. Maka nerakalah tempat seseorang itu.
Peringatan Ustaz Wadi Annuar yang dimuat naik di TikTok ini menerima lebih 1 juta tontonan dan 2,000 komen daripada orang ramai.
Orang ramai mula sedar khilaf yang pernah dilakukan dan berharap Allah SWT merahmati rumah tangga masing-masing.