Connect with us

Oh! Media

Sihir Orang Dan Jumpa Bomoh Tidak Selamat Lagi Di Terengganu

bomoh

Oh! Islam

Sihir Orang Dan Jumpa Bomoh Tidak Selamat Lagi Di Terengganu

Kerajaan Negeri Terengganu mengambil langkah kedepan selepas berjaya meletakkan amalan pembomohan dan sihir dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

ADVERTISEMENT

Pengkid dan peliwat pun tak terlepas..

Perkara itu diluluskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini termasuk 3 lagi kesalahan lain iaitu perempuan berlagak seperti lelaki (pengkid), hamil atau melahirkan anak luar nikah dan persediaan melakukan liwat.

Enakmen tersebut akan mula dilaksanakan setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. – Kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Datuk Satiful Bahri Mamat.

Pindaan enakmen ini dilakukan kerajaan negeri selepas melihat kali terakhir ia digubal adalah lebih 20 tahun lalu iaitu pada tahun 2016.

Keputusan untuk meletakkan kesalahan terhadap aktiviti pembomohan itu dilihat penting bagi memastikan masyarakat tidak mendapatkan rawatan yang bercanggah dengan hukum syarak.

Kredit: Utusan Malaysia

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

30 Hari Paling Trending

Ke Atas