Oh! Islam

Petang Ni Matahari Tepat Atas Kaabah, Umat Islam Disaran Semak Arah Kiblat

Published on

Umat Isam disarankan untuk menyemak arah kiblat pada petang ini, bermula jam 5.10 petang sehingga 5.35 petang susulan peristiwa Istiwa A’dzam.

BACA: Matahari Berada Tepat Atas Kaabah, Umat Islam Boleh Semak Arah Kiblat Pada 28 Mei Ini

Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir menyatakan, pada petang ini, kedudukan matahari akan berada tepat di atas kaabah dan umat Islam boleh membuat semakan kiblat menggunakan bayangan daripada objek yang tegak.

Semakan boleh dibuat dengan menggunakan sebarang objek lurus dan tegak yang berada di sekitar. Tempoh masa semakan bayang bermula pukul 5.10 petang hingga 5.35 petang.

Fenomena ini berlaku 2 kali setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan.

Jadi, semua bayang terhasil daripada satu objek yang lurus, menghala ke arah matahari adalah bersamaan dengan arah kiblat.

Jadi, korang yang beragama Islam jangan lepaskan peluang, ambil sedikit masa petang ini untuk check sendiri arah kiblat okay!

Kredit: Malaysia Kini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version