Connect with us

Oh! Media

Pemilik Restoran Terkenal Didenda RM10k Guna Perkataan Halal Tanpa Perakuan

Ohmedia halal

Oh! Islam

Pemilik Restoran Terkenal Didenda RM10k Guna Perkataan Halal Tanpa Perakuan

Sebab itulah kita sebagai orang Islam tak boleh main serbu jer kedai makan yang popular tanpa usul periksa. Asalkan tempat tu viral dan ada orang Islam makan, kita dah putuskan kedai tu halal sedangkan tidak.

Kami katakan begini sebab banyak tempat makan yang ambil kesempatan semata-mata nak tarik pelanggan beragama Islam. Terbaru, ia berlaku di Melaka dan Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 ke atas pemilik kedai makan.

Pemilik kedai makan bernama Joanne To Mei Ting mengaku bersalah menggunakan perkataan halal tanpa pengakuan daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang diletakkan di dalam buku menu.

IKLAN

Pihak berkuasa melakukan pemeriksaan di sebuah kafe di Kampung Pantai, Melaka pada 5 Mac tahun lalu. Kes seperti ini akan disiasat mengikut perintah 8 (a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tetuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar hukuman ringan diberikan dengan alasan perlu menyara anak dan ibu sakit.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas