Connect with us

Oh! Media

Masjid Al-Aqsa Diserbu Polis Israel Ketika Jemaah Bersiap Untuk Solat Subuh

masjid al aqsa ohmedia

Oh! Islam

Masjid Al-Aqsa Diserbu Polis Israel Ketika Jemaah Bersiap Untuk Solat Subuh

Masjid Al-Aqsa diserang! Tiap kali umat Islam seluruh dunia mula berpuasa di bulan Ramadan, pasti akan ada sahaja serangan yang dilakukan pihak Israel ke atas orang Islam di Palestin.

Kali ini, satu serangan daripada polis Israel berlaku di dalam masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis ketika jemaah sedang bersedia untuk menunaikan solat subuh awal pagi Rabu.

Memetik laporan Astro Awani, seramai tujuh orang dilaporkan cedera dan 200 rakyat Palestin ditahan.

IKLAN

Seperti biasa, pihak berkuasa Israel memberi alasan serangan dilakukan sebagai tindak balas berikutan sekumpulan individu memasuki perkarangan masjid dengan membawa bunga api, kayu dan batu.

Polis Israel kemudian turut melontakan bom tangan dan pasukan Bulan Sabit Merah Palestin dihalang masuk untuk membantu mangsa cedera.

Dalam pada itu, pejuang Palestin yang memerintahkan Semenanjung Gaza turut menyeru rakyat Palestin untuk terus pertahankan masjid Al-Aqsa. Pihak kementerian Luar Mesir pula gesa serangan dihentikan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas