Connect with us

Oh! Media

Kes Wanita Buka Baju Dan Hina Islam Atas Pentas Komedi Akhirnya Selesai

siti nuramira

Oh! Islam

Kes Wanita Buka Baju Dan Hina Islam Atas Pentas Komedi Akhirnya Selesai

Masih ingat dengan isu seorang pelawak wanita yang buka baju dan hina Islam atas pentas komedi? Tertuduh, Siti Nuramira Abdullah akhirnya mengaku bersalah selepas hampir setahun dihadapkan ke mahkamah.

ADVERTISEMENT

Nuramira mengaku bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, N. Priscilla Hemamalini dan menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM8,000 atau penjara 4 bulan sekiranya gagal membuat bayaran.

Keputusan ini dilakukan selepas mendapati Nuramira menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika membuat persembahan lawak di sebuah kelab komedi dengan tontonan orang ramai.

Nuramira mengaku bersalah dan peguam yang mewakilinya merayu anak guamnya untuk mendapatkan hukuman ringan berbentuk denda kerana menjimatkan masa mahkamah dan ini merupakan kesalahan pertama.

Sebelum ini mengaku tak bersalah…

BACA: Pelawak Wanita Buka Baju Mengaku Tidak Bersalah Hina Islam 

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas