
Oh! Islam
“Kenapa Tunjuk Persengketaan Ilmuan Sesama Ilmuan” – Da’i Wan Tegur Ustaz Wadi Dan Dr Maza
Oleh
Pendakwah bebas kelahiran program Da’i Pendakwah Milenia, Da’i Wan Dazrin memohon Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) dan Ustaz Wadi Annuar tidak bertelagah isu tauliah di negeri Perlis.
BACA: Ustaz Wadi Dakwa JAIPs Tak Beri Kerjasama, Pengarah Jawab Tak Ada Keperluan Peguam Ada Bersama
Menerusi perkongsian di media sosial, Da’i Wan berharap dua orang ilmuan yang dihormatinya itu tak memanjangkan isu dan menunjukkan persengketaan kepada umum.
Jelasnya, hancurlah dunia ini apabila umat Islam sendiri lupa akan harga silaturrahim di hari akhirat kelak hanya kerana hal yang menurutnya boleh diselesaikan bersama.

Moga Allah swt menangkan yang benar. Tenggelamkan niat yang jahat dan prasangka buruk yang tak bertempat hingga merosakkan hubungan dalam umat Islam itu sendiri.
Dalam pada itu, Da’i Wan meluahkan rasa terlepas daripada tanggungjawab apabila sudah menasihati dengan cara baik mengenai silaturrahim.
Terdahulu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) memanggil pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar serta penganjur, Lajnah Dakwah dan Perkaderan Pas Kangar.
Ustaz Wadi dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penyertaannya dalam program Solat Terawih dan Sembang Santai Bersama Ustaz Wadi Annuar di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar tanpa mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Perlis.
Namun, sesi mengambil keterangan pada Selasa tak berjalan lancar apabila peguam Ustaz Wadi didakwa tak dibenarkan bersama dalam bilik siasatan.
Kredit: Harian Metro | Instagram Da’i Wan
