Connect with us

Oh! Media

JHEAINS Umum SOP Baharu, Masa Khutbah Dan Solat Jumaat Di Sabah Dipendekkan

Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Untitled Design 70

Oh! Islam

JHEAINS Umum SOP Baharu, Masa Khutbah Dan Solat Jumaat Di Sabah Dipendekkan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) telah mengumumkan masa khutbah dan solat jumaat di Sabah masing-masing kepada maksimum 10 dan 7 minit yang bermula hari ini bagi mengurangkan risiko jankitan Covid-19.

Prosedur operasi standard (SOP) baharu yang diumumkan itu sebagai panduan pelaksanaan aktviti di masjid dan surau ketika Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) di Sabah.

Menurut jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, azan kedua selepas azan pertama dan solat sunat Qobliah akan dilaungkan dengan tempoh lebih pendek berbanding azan yang pertama.

IKLAN

Khatib akan memendekkan bacaan khutbah pertama dan kedua membabitkan maksimum 10 minit seperti yang disediakan JHEAINS. Hanya penggunaan teks khutbah JHEAINS atau yang mendapat pengiktirafan dibenarkan.

Jelasnya lagi, solat jumaat akan ditunaikan dalam tempoh 7 minit yang mana imam membaca surau atau ayat pendek dan doa Qunut Nazilah selain hanya membaca wirid dan doa ringkas usai selesai solat.

Selain itu, Masidi juga berkata jumlah jemaah yang dibenarkan hadir di masjid dan surau pula dikekalkan mengikut kapasiti yang telah ditetapkan selain turut mewajibkan kepada para jemaah untuk membawa sejadah sendiri dan berwuduk dari rumah.

Walaubagaimanapun, kanak-kanak dan golongan yang berisiko dengan jangkitan Covid-19 tidak dibenarkan hadir ke masjid atau surau.

Kredit: Berita Harian

+ Bacaa respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas