Oh! Islam

JAKIM Nafi Keluar Poster Tarikh Hari Raya, Minta Umat Islam Tunggu Pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja

Published on

Sebelum ini tular di media sosial mengenai poster digital yang mempunyai kandungan tarikh hari raya Aidilfitri akan datang. Poster tersebut dikatakan telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

BACA: #RENUNGAN Tarik Balik Sedekah Seolah Makan Muntah Sendiri? Ini Penjelasan Dalam Islam

Walau bagaimanapun, JAKIM hari ini memaklumkan pihak mereka tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai tarikh penetapan hari raya itu.

Penafian JAKIM

Dalam pada masa yang sama, JAKIM meminta umat Islam di negara ini untuk menghormati proses sebenar penentuan tarikh hari raya akan datang.

Menurut pihak mereka, tarikh hari raya itu hanya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Terdahulu tular satu poster digital di media sosial memaparkan beberapa tarikh termasuk sambutan Israk Mikraj, hari Nisfu Syaaban dan hari raya Aidilfitri yang bakal disambut pada 21 April ini iaitu pada hari Jumaat.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version