Connect with us

Oh! Media

Jais Keluar Ketetapan Baharu Bilangan Jemaah Solat Jumaat dan Fardu Di Selangor

Oh! Islam

Jais Keluar Ketetapan Baharu Bilangan Jemaah Solat Jumaat dan Fardu Di Selangor

Bermula hari ini, Jabatan Agama Selangor (Jais) telah mengeluarkan ketetapan baharu bagi bilangan jemaah yang dibenarkan menunaikan solat jumaat dan solat fardu di semua masjid dan surau di Selangor.

ADVERTISEMENT

Ketetapan baharu ini akan berkuat kuasa hari ini bermula Magrib sehinggalah ketetapan baharu akan dikeluarkan Jais.

Menurut Pekeliling yang dikeluarkan oleh Jais, masjid kariah hanya membenarkan 23 jemaah (pentadbir saja) untuk solat jumaat dan solat fardu manakala untuk surau kariah, solat fardu hanya dibenarkan 16 jemaah (Pentadbir saja).

Bagi surau solat jumaat, solat jumaat dan solat fardu hanya dibenarkan seramai 16 jemaah sahaja (Pentadbir saja).

Dengan pelaksanaan ketetapan pekeliling ini maka surat pekeliling Jais bertarikh 11 Mei 2021 adalah dibatalkan.

Berdasarkan penetapan ini, pentadbir masjid dan surau perlu memastikan jemaah untuk mengikuti prosedur operasi standard (SOP) semasa melaksanakan solat seperti penyusunan jarak fizikal 1.5 meter di antara jemaah dan menjarakkan baris (saf) jemaah dengan jemaah berikutnya.

Menurut pekeliling Jais, semua program mengimarahan masjid dan surau ditangguhkan melainkan program kuliah dalam talian, pengurusan solat jenazah serta bacaan Yasin.

Kuliah dan tazkirah dalam talian melalui FB Live boleh dilaksanakan bahkan sangat digalakkan dilaksanakan di semua masjid dan surau di Selangor agar program ilmu dan tarbiyah terus imarah walaupun terdapat halangan kepada jemaah untuk hadir ke masjid atau surau.

Pengurusan solat jenazah bukan Covid-19 dibenarkan untuk dilakukan di masjid dan surau hanya melibatkan kehadiran tidak boleh melebihi 25 orang.

Bacaan surah Yasin, zikir munajat dan majlis tahlil arwah turut dibenarkan dengan syarat pelaksanaan program ini hanya membabitkan had bilangan jemaah sedia ada yang dibenarkan hadir.

Dalam pada itu, pentadbir masjid dan surau dalam tempoh pelaksanaan PKP hendaklah terus memberi akses dan kemudahan ruang solat kepada musafir, pemandu e-hailing, khidmat penghantar makanan dan pemandu kenderaan awam dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Menurut laporan Harian Metro, sumber Jais ketika dihubungi mengesahkan kebenaran surat pekeliling terbabit namun setakat ini belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas