Connect with us

Oh! Media

ustazah asma

Oh! Islam

Filem La Luna Didakwa Bawa Persepsi Buruk Kepada Agama Islam Kata Ustazah Asma’ Harun

Korang dah tengok filem La Luna? Kalau ada langgan Netflix, korang dah boleh tengok dekat situ jer. Apapun, pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun tampil meluahkan rasa kesal kepada penerbit filem ini.

Dalam satu perkongsian, Ustazah Asma’ melihat filem ini banyak memasukkan babak yang boleh memburukkan agama Islam.

IKLAN

Buat semua penggiat seni tanah air, sama ada pengarah, penerbit, penulis skrip, pelakon dan lain-lain bebaslah berkarya dengan menjunjung tinggi nilai Islam dan kesopanan budaya tempatan.

Jangan sampai agama sendiri diperlekehkan. Jika benar ada seni yang ingin disampaikan, pastikan ia digambarkan dalam bentuk yang positif dan penuh adab.

Bukannya menzahirkan sisi yang boleh mengundang prasangka buruk dan fahaman yang mengelirukan.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ turut mempersoal watak Tok Hassan yang membawa perwatakan seorang yang alim namun mempunyai sisi gelap yang bertentangan.

Dalam isu ini, peranan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) wajib diperkukuhkan dalam memastikan penghasilan filem atau drama mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Baca ulasan panjang Ustazah Asma’ Harun yang meneliti segala aspek dalam filem ini…

Sebenarnya banyak perkara yang boleh dibangkitkan dalam pembikinan filem ini. Contohnya, idea untuk membuka sebuah kedai pakaian dalam wanita di dalam sebuah kampung juga tidak sesuai dengan adab budaya orang Melayu.

Kredit: Asma’ Harun

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas