Connect with us

Oh! Media

Erdogan Tegaskan Gaza Mesti Kekal Milik Rakyat Palestin

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Islam

Erdogan Tegaskan Gaza Mesti Kekal Milik Rakyat Palestin

Erdogan tegaskan Gaza mesti kekal milik rakyat Palestin dan Turkiye sedia jadi penghubung damai.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan sekali lagi bersuara lantang bila menegaskan bahawa Gaza hanya patut kekal sebagai tanah milik rakyat Palestin, bukannya pihak lain.

Katanya, Palestin mesti ditadbir oleh rakyatnya sendiri dan dunia perlu menghormati hak itu.

Erdogan sanggup jadi penghubung untuk rundingan…

 1957

Erdogan mendedahkan, ketika kunjungan ke Amerika Syarikat baru-baru ini dan dalam perbualan telefon bersama Presiden Donald Trump, beliau diminta berunding dengan Hamas untuk mencari jalan damai.

IKLAN

Kami segera hubungi pihak berkaitan dan Hamas balas bahawa mereka bersedia untuk keamanan serta rundingan. Pada pandangan saya, ini langkah yang amat berharga.- Katanya dalam temu bual bersama Anadolu Ajansi (AA).

Mengulas tentang Flotilla Sumud Global yang diserang Israel minggu lalu, Erdogan berkata Turkiye tidak lepas tangan. Malah, beliau sendiri memantau pergerakan misi bantuan itu melalui rakaman dron Akinci dan kapal pemantau.

Beliau tekankan bahawa aspek keselamatan Gaza perlu diberi keutamaan, termasuk cadangan pembentukan pasukan penstabilan antarabangsa untuk pastikan keamanan.

Fokus pada proses damai di Mesir…

 1958

Erdogan turut beri perhatian besar kepada rundingan genjatan senjata yang sedang berlangsung di Sharm el-Sheikh, Mesir. Katanya, inilah peluang terbaik untuk memastikan keselamatan Gaza terjamin dan rakyatnya bebas dari ancaman berterusan.

Selain isu Gaza, Erdogan menyentuh tentang Syria. Beliau mahu Pasukan Demokratik Syria (SDF) menunaikan janji untuk integrasi bersama Syria.

Pssttt! Bila kita dengar isu Palestin, hati memang terusik. Perjuangan mereka bukan sekadar soal politik, tapi soal maruah dan hak kemanusiaan. Ohmedia nak ingatkan korang, walaupun kita jauh, kita masih boleh hulurkan sokongan dengan cara tersendiri, doa, kesedaran, dan solidariti. Jangan pernah rasa kecil bila buat kebaikan, sebab setiap sokongan tetap bermakna.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas