Connect with us

Oh! Media

Ebit Lew Terkejut Dengan Soalan “Tuhan Tu Apa?”, Seramai 157 Suku Bajau Ucap Syahadah

Oh! Islam

Ebit Lew Terkejut Dengan Soalan “Tuhan Tu Apa?”, Seramai 157 Suku Bajau Ucap Syahadah

Sehingga ke hari ini pendakwah bebas Ebit Lew masih berada dalam misinya membantu penduduk di kawasan pedalaman Sabah. Banyak bantuan yang telah disampaikan pasukan Ebit Lew di sana.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun sebentar tadi Ebit Lew kongsikan satu lagi berita gembira apabila memaklumkan seramai 157 orang penduduk dari suku Bajau Laut telah mengucap syahadah dengan kerelaan hati mereka. Allahu.

Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam. Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut.. Pulau Tatagan Semporna. Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut. – Tulisnya.

Ebit Lew memaklumkan dia ke sana untuk memberikan bantuan selepas menerima makluman kawasan mereka telah terputus bekalan makanan. Tapi Ebit Lew dikejutkan dengan satu soalan dari penduduk di sana “Tuhan tu apa?”.

Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.

Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah. – Kongsi Ebit Lew lagi.

Allahu, besar sungguh hadiahMu kepada kami dengan kehadiran saudara baru. Ebit Lew juga menyatakan sedang usaha untuk membina sekolah dan mencari guru serta ustaz bagi memastikan mereka dapat mengenal Islam dengan lebih mendalam.

Kredit: Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

30 Hari Paling Trending

To Top