Connect with us

Oh! Media

MCMC Gerakkan Prime, Aktifkan Komunikasi Terhadap Mangsa Banjir Di Sabah

Ohmedia mcmc Prime Sabah

Oh! Geekz

MCMC Gerakkan Prime, Aktifkan Komunikasi Terhadap Mangsa Banjir Di Sabah

Selepas bencana yang melanda beberapa kawasan di Sabah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini memperkukuh usaha bagi memastikan penduduk yang terjejas tidak terputus hubungan komunikasi.

Menurut laporan Free Malaysia Today, penyediaan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (Prime) serta perkhidmatan internet komuniti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) buatkan orang ramai masih boleh berhubung dengan keluarga dan pasukan

Mangsa bencana Sabah kekal terhubung dengan Prime

Sabah Banjir

Dalam kenyataan rasmi, MCMC memaklumkan bahawa kenderaan mudah alih Prime digerakkan ke Kampung Cendrakasih dan Penampang untuk membantu pasukan penyelamat serta menyokong pemulihan infrastruktur oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

IKLAN

Selain itu, sebanyak 131 Nadi diaktifkan untuk menyediakan capaian internet kepada masyarakat yang terkesan akibat bencana.

Lebih separuh menara komunikasi sudah pulih

Mcmc Sabah 2

Setakat ini, 266 menara telekomunikasi terjejas akibat gangguan bekalan elektrik. Namun berita baiknya, lebih separuh atau 147 menara sudah kembali beroperasi.

Kerja-kerja pemulihan sedang giat dilakukan secara berperingkat bersama syarikat telekomunikasi dengan bantuan generator bagi memastikan liputan komunikasi pulih secepat mungkin.

MCMC pantau dan koordinasi berterusan

Mcmc Sabah

Bagi memastikan proses berjalan lancar, MCMC menubuhkan pasukan petugas khas bersama syarikat telekomunikasi dan SESB. Mesyuarat berkala turut diadakan bagi menyelaras pemulihan collector sites (tapak utama liputan) serta tapak kritikal.

MCMC akan terus bekerjasama dengan agensi penyelamat, syarikat telekomunikasi serta pihak berkuasa negeri dan Persekutuan bagi memastikan komunikasi dan capaian internet di kawasan terjejas dapat dipulihkan segera demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

Pssttt! Komunikasi adalah nadi keselamatan, terutama ketika bencana. Hargailah usaha petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memastikan rakyat tidak terputus hubungan.

Kredit: Free Malaysia Today
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas