Oh! Geekz
Malaysia Rekod Kadar Scam Tertinggi Di Asia! Kenapa Kita Mudah Terperangkap?
Malaysia kini mencatatkan kadar scam dalam talian tertinggi di Asia, menurut Asia Scam Report 2024 oleh Global Anti-Scam Alliance.
Mangsa di negara ini disasarkan oleh scammer lebih 2.5 kali secara purata, mengatasi Hong Kong dan Thailand yang masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Mangsa mudah tertipu berulang kali…
Ketua Kelestarian CelcomDigi, Philip Ling, mendedahkan dua isu utama dalam situasi ini. Pertama, mangsa kerap menjadi sasaran semula kerana tidak mampu membezakan antara pihak berkuasa sebenar dan scammer yang menyamar.
Kedua, tahap kebolehan mangsa dalam mengesan penipuan teknologi AI masih lemah.
Masalah utama ialah mangsa tidak belajar daripada pengalaman. Mereka mudah diperdaya semula kerana tidak dapat membezakan sama ada individu yang menghubungi mereka adalah pihak berkuasa sebenar atau palsu.- Ujar Ling.
Kurangnya sistem sokongan untuk bantu mangsa dari tertipu…
Tambah Ling, kebanyakan mangsa scam menghadapi cabaran besar kerana kurang sokongan daripada keluarga dan masyarakat.
Rasa takut, malu, dan tidak tahu di mana mendapatkan bantuan menjadikan mereka lebih mudah disasarkan berulang kali.
#OhmediaNasihat
Jangan pandang remeh ancaman scammer! Sentiasa berhati-hati dan rujuk pihak berkuasa jika menerima panggilan atau mesej mencurigakan.
Kongsi maklumat ini dengan keluarga dan rakan supaya kita semua lebih peka dan tidak mudah menjadi mangsa.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Malay Mail
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM