Connect with us
Apple iPhone 16

Oh! Geekz

Apple Akhirnya Lancarkan Siri iPhone 16 Terbaru, Hadir Dengan Teknologi AI Dan Pelbagai ‘Features’ Menarik

Apple baru saja melancarkan iPhone 16 dan iPhone 16 Pro, dan kedua-dua model ni didatangkan dengan pelbagai ‘features’ menarik.

Ada 4 varian yang ditawarkan Apple iaitu iPhone 16, 16 Plus, 16 Pro dan 16 Pro Max. Kalau korang ada terfikir nak upgrade ke model baru ni, meh sini kami nak share apa yang best kali ini..

IKLAN

iPhone 16: Rekaan Cantik Dengan Prestasi Terbaik

iPhone 16 didatangkan dengan rekaan yang lebih cantik, skrin yang lebih besar dengan warna-warna yang lebih fresh seperti biru muda, merah jambu lembut dan hijau lembut. Selain tu, skrin dia lebih terang dan menyokong ProMotion, jadi setiap pergerakan di skrin tu nampak memang smooth gila. Bateri pun lebih tahan lama. Memang sesuai sangat untuk korang yang jenis on-the-go, tak payah risau nak fikir pasal bateri lagi lepas ini.

Kamera iPhone 16 ni pun bukan biasa-biasa. Apple tingkatkan lagi kualiti kamera dengan penambahbaikan pada Night Mode dan Portrait Mode. Gambar dalam keadaan kurang cahaya sekarang nampak lebih sharp, dan kalau korang suka ambil gambar potret, bokeh effect (blur latar belakang) tu nampak lebih smooth dan natural. Menariknya, cip A18 yang tersedia buatkan iPhone 16 ni laju dan tiada masalah multitasking atau buka aplikasi yang berat.

iPhone 16 Pro: Prestasi Maksimum Untuk Kaki Gajet

Kalau iPhone 16 dah mantap, iPhone 16 Pro ni lagilah padu untuk sesiapa yang nakkan prestasi yang lagi baik. Rekaannya nampak lebih premium, dengan bingkai titanium yang lebih tahan lasak dan pilihan warna yang lebih elegan seperti hitam matte dan emas gelap. Skrinnya juga lebih besar, dan hadir dengan teknologi ProMotion 120Hz. Bila korang scroll apa-apa atau main game mesti rasa smooth gila!

Apa yang membezakan iPhone 16 Pro ni adalah kamera dia. Dengan lensa telefoto yang lebih canggih, korang boleh zoom tapi gambar tetap akan berkualiti. Jadi, tak payah risau kalau nak ambil gambar dari jarak jauh, hasilnya tetap sharp. Selain tu, teknologi “LiDAR Scanner” yang ada pada Pro buatkan kamera lebih hebat untuk tangkap gambar dalam keadaan gelap, serta memberi pengalaman AR yang lebih realistik.

Cip A18 Pro yang digunakan pada iPhone 16 Pro ni jugak lebih laju berbanding versi biasa, sesuai untuk gamers atau yang buat kerja-kerja berat macam edit video atau gambar. Bateri pun lebih tahan lama dan tidak akan jadi masalah untuk korang gunakan sepanjang hari.

Kesimpulan

iPhone 16 dan iPhone 16 Pro masing-masing ada kelebihan tersendiri. Kalau korang tengah cari telefon yang berprestasi tinggi, siri terbatu daripada Apple ni lah jawapannya. Kalau nakkam yang prestasi maksimum, kamera power, dan rekaan yang lebih premium, korang ambil iPhone 16 Pro. Apa pun, kedua-dua model ni pasti akan buat korang excited!

Apple iPhone 16

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Apple


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas