Oh! Gear

Tular Sebiji Skru Model Yamaha RX-Z Dijual Pada Harga RM3.5k

Published on

Yamaha RX-Z merupakan sebuah motosikal yang dilancarkan pada tahun 1985 dengan enjin 2-lejang dan kini menjadi buruan mat moto di negara kita.

BACA : Ini Rupa Yamaha Y15ZR Untuk Tahun 2022, Warna Kelabu Paling Garang!

Menurut laporan Kosmo, baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebiji skru ‘main jet’ karburator motosikal model itu yang dijual pada harga RM3,500. Pergh! Boleh tahan harga dia..

Skru tersebut dikatakan ‘original’ dari Jepun dan perkara ini dikatakan sendiri seorang individu dalam satu perkongsian di Facebook.

Kalau dapat dilihat dari gambar yang dikongsikan, skru itu masih dalam plastik dan tidak digunakan lagi. Malah, individu itu juga mendakwa dia membelinya di kilang dari Jepun. 

Bagi sesiapa yang tidak tahu, fungsi skru ‘main jet’ ini adalah untuk mengawal kemasukan petrol ke karburator.

Buat pengguna-pengguna Yamaha RX-Z diluar sana, korang memang kental!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version