Oh! Gear

Ramai Rasa Ngilu Tengok Bumbung Mercedes AMG Sagat Bawah Jambatan

Published on

Siapa pernah rasa takut tak lepas bila lalu bawah jambatan rendah? Walaupun kereta kita ni rendah jer dan confirm lepas tapi perasaan cuak tu kadang-kadang ada juga.

Apapun nasib kereta Mercedes AMG GLC 43 ni memang tak baik. Kejadian itu boleh dilihat dalam satu rakaman video yang tersebar selepas pemandu lori towing yang membawa Mercedes lalu bawah jambatan rendah berketinggian 2.1 meter dan tersangkut.

Pemandu towing dilihat tetap mahu mencuba walaupun sudah tahu ianya amat rendah. Dia kemudian turun dari lori untuk lihat sendiri tapi sudah terlambat sebab dah bersagat.

Rata-rata yang tengok video ni rasa ngilu dan sayang tengok kereta mewah berharga RM400,000 ni bergesel macam tu jer. Tak tahulah apa yang pemilik kereta tu rasa bila dapat tahu berlaku kecuaian macam ni.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Exit mobile version