Connect with us

Oh! Media

Proton X30 Mungkin Dilancarkan Tak Lama Lagi?

Oh! Gear

Proton X30 Mungkin Dilancarkan Tak Lama Lagi?

Perodua baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaru mereka iaitu Perodua Ativa baru-baru ini. Mungkin Proton pula akan keluarkan model X30 bagi memberikan saingan sengit kepada Perodua Ativa?

ADVERTISEMENT

Untuk model X30 ini, ia mungkin hadir dengan dua varian. Pertamanya varian standard yang dikuasakan dengan enjin petrol aspirasi natural (NA) 1.5L berkuasa 124hp. Keduanya adalah varian R3 edisi terhad dengan enjin 1.0L pengecas turbo dengan kuasa 139hp.

Seperti varian R3 bagi model-model lain, Proton X30 R3 edisi terhad ini mungkin juga hadir bersama kit badan khas, kerusi sport serta cermin sisi dan spoiler material carbon fiber. Berkemungkinan juga yang Proton X30 ini didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu Pearl Snow White (putih), Brown Cocoa Bean (coklat), Sonic Blue (biru), Wassawbe Green (hijau) dan Yuri Red Alert (merah).

Walaubagaimanapun, ini hanyalah andaian semata. Mana tahu memang Proton dah plan nak keluarkan X30, betul tak? Tiada apa yang mustahil dan korang semua diminta untuk bertenang dan tunggu sehingga Proton memaklumkan perkara ini secara rasmi sekiranya Proton X30 ini betul-betul akan dikeluarkan ya.

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas