Menerusi laporan Pandu Laju, Proton dikatakan akan bawakan lagi model baharu iaitu X80 dan X90, biar betul?
Mengukuhkan lagi perkara ini, terdapat dua tanda dagang baharu menerusi portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang telah didaftar ejen Azmi & Associates untuk jenama itu.
Proton X90
Sejak 5 Oktober lagi permohonan bagi tanda dagang Proton X90 telah dibuat dibawah klasifikasi pengiklanan; pengurusan perniagaan; pentadbiran perniagaan; fungsi pejabat; pemasaran media sosial; penyediaan maklumat perniagaan melalui laman sesawang’.
Proton X80
Apa yang mengejutkan adalah permohonan tanda dagang bagi Proton X80 yang juga didaftar ejen yang sama bersama klasifikasi yang sama. Perkara ini menimbulkan tanda tanya ramai adakah mereka akan keluarkan lagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) menerusi model ini ataupun nama Exora akan digantikan?
Apapun, sama-sama kita tunggu apakah yang akan dibawakan mereka nanti. Rasa tak sabar lah pula!