Oh! Gear

MAVCOM Lapor MYAirline Perlu Bayar Balik Tiket Penerbangan Pelanggan Terjejas

Published on

Seperti yang kita ketahui, syarikat penerbangan Malaysia MYAirline umum sudah mengantung operasinya sejak, semalam.

BACA: MYAirline Umum Gantung Operasi Berkuat Kuasa Hari Ini

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mendakwa MYAirline bertanggungjawab membuat bayaran balik kepada pengguna yang sudah membeli tiket penerbangan, tetapi tidak dapat meneruskan perjalanan berikutan pengumuman penggantungan operasi syarikat itu.

Tambahan, MAVCOM turut mengarahkan MYAirline segera membantu pengguna terjejas termasuk memaklumkan kepada pelanggan mengenai penggantungan operasi.

Malah, ia perlu diterbitkan pengumuman mengenai penggantungan tersebut melalui saluran komunikasi syarikat penerbangan tersedia.

MYAirline turut diarahkan untuk segera menghentikan penjualan dan tempahan tiket penerbangan di semua platform tempahan hingga notis lanjut diberikan.

Dalam pada itu, bagi pengguna yang terjejas boleh menghubungi MYAirline untuk pertanyaan dan bantuan mengenai tempahan melalui customercare@myairline.my.

Bukan itu sahaja, MAVCOM juga menyediakan saluran khusus membantu pengguna terjejas di talian 1800-18-6966 (dalam Malaysia) atau 603-7651 2777 (luar negara) atau emel: consumer@mavcom.my.

Selain itu, MAVCOM juga menyatakan sedang menyiasat MyAirline berdasarkan semakan dalaman dan aduan diterima mengenai pembayaran berkanun yang belum dibayar kepada pekerja.

Kredit: Facebook Malaysian Aviation Commission

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7289264947144559873?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Exit mobile version