Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) mengumumkan kini mereka akan menyokong alternatif pembayaran tol melalui kad debit dan kredit.
Dalam pada itu, ia memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk melakukan pembayaran tol.
Bukan itu sahaja, pengguna boleh melihat lorong hibrid untuk pembayaran menggunakan kad debit dan kredit di plaza tol.
Malah, terdapat tiga cara pembayaran tol iaitu melalui kad Touch ‘n Go, SmartTag dan juga identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
Sementara itu, terdapat 8 lagi lebuhraya yang telah menyokong pembayaran tol melalui kad debit dan kredit iaitu MEX, LDP, KESAS, NPE, BESRAYA, DUKE, Sprint dan Smart Tunnel.