Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah membuat hebahan panggilan balik membabitkan 4,255 unit kenderaan daripada lima jenama pengeluar.
Antaranya adalah jenama Mercedes-Benz, Citroen, Peugeot, Nissan dan MAN (trak).
Pengumuman itu dibuat menerusi laman Facebook rasmi JPJ Malaysia. Berikut ialah model kenderaan terlibat mengikut jenama:
Panggilan balik dengan volum kenderaan paling besar membabitkan produk edaran dan keluaran Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebanyak 2,116 unit.
Malah, kenderaan terjejas ialah keluaran tahun 2007 sehingga 2023 termasuk model kereta elektrik EQS.
Tambahan, bagi jenama Peugeot pula melibatkan dua model kereta iaitu 208 dan 2008 keluaran tahun 2017 hingga 2020. Kedua-dua jenama ini membabitkan jumlah kenderaan terjejas sebanyak 2,033 unit.
Sementara itu, untuk Citroen dan DS pula melibatkan sebanyak 771 unit.
Dalam pada itu, barisan produk jenama MAN pula membabitkan dua model lori dengan 22 unit kenderaan dipanggil balik.
Sebanyak 84 unit Nissan LEAF dipanggil balik membabitkan produk keluaran tahun 2019 hingga 2022.