Oh! Gear

Honda Motocompacto Akhirnya Dilancarkan Pada Harga RM4.6k

Published on

Honda kini mempunyai model skuter elektrik baharu yang dinamakan sebagai Motocompacto yang boleh dilipat.

E-skuter itu merupakan kenderaan mobiliti yang meminjam inspirasi skuter mini Motocompo yang pernah Honda tawarkan pada awal 1980-an.

Dalam pada itu, Motocompacto hadir dengan pelbagai ciri moden tetapi kekal dengan imej retro dengan warna badan diselubungi rona putih.

Spesifikasi Honda Motocompacto 

  • Skuter boleh dilipat untuk disimpan jika tidak digunakan.
  • Berat keseluruhan 18.7kg tetapi boleh menanggung berat penunggang dan barangan sehingga 120kg.
  • Unit motor dipasang pada roda hadapan, roda belakang dilengkapi brek dram.
  • Menawarkan jarak tunggangan sehingga 19km.

  • Kelajuan maksimum 24kmj. Kapasiti bateri 6.8Ah.
  • Masa mengecas bateri selama 3.5 jam, menggunakan soket standard di kediaman.
  • Harga jualan cuma AS$995 (RM4,670)
  • Jualan menerusi pengedar Honda dan Acura, bermula November ini di Amerika Syarikat.

BACA: Bermula Harga RM68.8k, Honda Keluarkan Warna Baharu X-ADV (2023)

Sebelum ini kami ada kongsikan info berkenaan syarikat BOON Siew Honda (BSH) baru-baru ini telah mengeluarkan warna baharu bagi skuter advencer Honda X-ADV (2023).

Kredit: Techcrunch

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7280357700918054151?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Exit mobile version