Connect with us

Oh! Media

Bermula Harga RM90K, Ini Ciri Istimewa Toyota Vios 2023. Merecik Betul!

20230320 161407 0000

Oh! Gear

Bermula Harga RM90K, Ini Ciri Istimewa Toyota Vios 2023. Merecik Betul!

Hari ini, syarikat Toyota telah melancarkan keluaran baru Vios untuk tahun 2023. Dengar cerita, banyak spesifikasi menarik untuk keluaran baru ini, betul ke?

BACA: Lengkap Tujuh Tempat Duduk Dengan Enjin Hybrid 1.5T, Proton X90 Jangka Keluar Tahun 2024

Toyota Vios 2023 terbaru menampilkan reka bentuk dalaman dan luaran yang menggabungkan teknologi dan ciri-ciri baharu.

IKLAN

Toyota Vios 2023

Vios

Kereta sedan ini telah dilengkapi dengan transmisi 7-Kelajuan CVT dengan Sequential Shiftmatic. Ia juga mempunyai 5 tempat duduk yang selesa buat pengguna.

Tambahan, Vios terbaru ini juga dilengkapi dengan roda yang lebih panjang dan tayar yang berdiameter besar bagi menampung reka bentuk modul ini. Ia mempunyai reka bentuk yang sporty dan moden serta mempunyai pilihan warna baru yang dipanggil Spicy Scarlet.

Vios

Model terbaru ini mempunyai enjin 1.5 liter DOHC Dual VVT-i dan 1, 496cc terbukti memberikan prestasi yang lebih kuat. Ciri-ciri baharu seperti Paddle Shifters dan Brek Letrik Elektronik menambah kemudahan kepada pemanduan.

Buat masa sekarang, terdapat dua varian model Vios ini iaitu Vios 1.5E dan Vios 1.5G bermula dengan RM90,000. Jangan lupa kunjungi bilik pameran Toyota berdekatan bagi mendapatkan lebih maklumat.

Kredit: Toyota

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas