Connect with us

Oh! Media

‘ART Smart Trem’ Pertama Dunia Dengan Kuasa Hidrogen Mula Ada Di Sarawak

Oh! Gear

‘ART Smart Trem’ Pertama Dunia Dengan Kuasa Hidrogen Mula Ada Di Sarawak

Korang pernah dengar pasal Autonomous Rail Rapid Transit (ART)? Ia merupakan satu sistem trem yang dibangunkan syarikat dari China, CRCC pada tahun 2017 lalu.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan The Borneo Post, ART telah dipasarkan pada waktu itu sebagai sistem trem tanpa rel swapandu berkuasa elektrik pertama di dunia.

Walau bagaimanapun, sistem ini telah diubahsuai dengan menggunakan sumber kuasa sel hidrogen untuk kegunaan di Sarawak. Memang terbaik!

Sejak Mac lalu, CRCC telah menjalankan ujian di Zhuzhou sebelum melancarkan ART pertama di dunia dengan sumber kuasa baru itu di Sarawak pada Jumaat lepas.

Trem pertama yang didatangkan dengan tiga gerabak ini akan menggunakan nama Bulan dan ianya telah diumumkan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menariknya, ia akan mula beroperasi di Samarahan bagi kegunaan pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Tapi, pembayaran hanya boleh dilakukan menggunakan Sarawak Pay. Mudahlah pelajar-pelajar di sana nanti..

Perkhidmatan bagi ART antara Kuching dan Samarahan akan mula diuji untuk pengesahan konsep kedua pada bulan September hingga Oktober nanti.

Untuk info, ART yang berkuasa sel hidrogen ini telah dibangunkan khusus untuk Kuching Urban Transportation System (KUTS) yang mampu mecapai kelajuan sehingga 70km/j dengan jarak sehingga 245km. 

Walaupun hanya dengan 3 gerabak, ART ini mampu membawa sebanyak 241 penumpang. Terbaik gila!

Kredit: The Borneo Post

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas