Connect with us

Oh! Media

Zul Yahya Umum Tarik Diri Dari Jemaah Tabligh

B48bfcb2 dcc1 4085 bd23 9ec936cb8b78

Oh! Artis

Zul Yahya Umum Tarik Diri Dari Jemaah Tabligh

Sejak kebelakangan ini, makin kerap pula kita dengar nama bekas pelakon lelaki, Zul Yahya muncul di media sosial. 

BACA: Sebar Fahaman Antivaksin, Polis Pantau Laman Sosial Milik ‘Bekas Pelakon Lelaki’

Baru-baru ini bekas pelakon itu dilihat kerap memuat naik posting berkenaan isu sensitif seperti vaksin. Sedikit sebanyak cara penyampaiannya itu juga telah berjaya membuat sesetengah pihak terpengaruh untuk tidak mengambil vaksin.

IKLAN

Bermula dengan kontroversinya yang mahu memberhentikan anak-anaknya dari sekolah kerana mahu mereka mengejar akhirat, disambung pula dengan isu makanan sunnah dan kini panas dengan isu pendapatnya tentang vaksin. 

Sehingga ke hari ini, sudah bermacam-macam isu yang dibangkitkan oleh Zul di akaun media sosialnya dan apa saja yang dibangkitkan oleh Zul pasti akan mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak.

Seperti yang kita tahu sebelum ini, Zul Yahya merupakan salah seorang jemaah tabligh yang selalu berkongsi aktivitinya menyebarkan dakwah agama Islam di Instagram.

Sejak terpalit dengan bermacam-macam kontroversi, terbaru Zul Yahya melalui posting Instagramnya telah berkongsi keputusannya untuk tidak lagi bersama dengan jemaah tabligh dan keputusan itu dibuat adalah untuk menjaga kemuliaan mereka.

Dalam perkongsian itu, dia turut berkongsi kepada pengikutnya bahawa dia akan terus mengamalkan segala yang telah diperoleh semasa dia menjadi sebahagian daripada mereka.

Dia juga turut mengucapkan selamat tinggal kepada jemaah itu dan menyatakan dia tidak akan lagi urusan dengan mereka.

39c119b5 60a3 4260 9312 7e005772b098

Alhamdulillah… banyak perkara yang saya belajar bersama mereka, semoga apa yang di kongsikan kepada saya selama ini dapat saya amalkan dan doakan untuk saya dapat terus istiqomah hingga mati..

Selamat tinggal segala2 urusan bersama mereka. – Kongsi Zul Di Instagram.

Tak dinafikan, isu-isu yang dibangkitkan oleh Zul Yahya di media sosial memang agak panas.

Kredit: Zul Yahya

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas