Sebelum ni Ohmedia ada kongsi tentang seorang gadis yang dapat tiket percuma konsert Noah dan pass pelawat yang diberi sendiri penyanyi dari Indonesia itu.
Disebabkan itu juga, ramai yang membuat sangkaan nakal tentang cara yang digunakan wanita terbabit hingga membolehkan dia mendapatkan tiket berkenaan.
Sedar dirinya difitnah bukan-bukan, pelakon dan model, Zeera Azizi sekali tampil menjelaskan perkara sebenar yang dia hanya mencuba nasib dan tidak menyangka menjadi rezekinya untuk dapat tiket daripada Ariel sendiri.
Harap orang tak reka cerita tak betul
Makin banyak pula yang memanipulasikan keadaan, keluarkan berita yang tidak betul. Jadi ini adalah kebenaran. Tolong jangan buat cerita yang bukan-bukan.