Connect with us

Oh! Media

Zaki Yamani Dikecam Gara-Gara Kenyataannya Beli Kereta Mercedes-Benz Untuk Jaga Imej, Ini Respon Tuan Badan!

Copy of Untitled Design   3

Oh! Artis

Zaki Yamani Dikecam Gara-Gara Kenyataannya Beli Kereta Mercedes-Benz Untuk Jaga Imej, Ini Respon Tuan Badan!

Penyanyi muda, Zaki Yamani tampil memohon maaf selepas menerima kecaman gara-gara kenyataannya sebelum ini mengenai pembelian kereta mewah Mercedes-Benz untuk menjaga imej.

Zaki Yamani akui kesilapan, niat sebenar mahu beri inspirasi

Img 9489

Menurut laporan HibGlam, niat sebenar Zaki membeli kereta bernilai sekitar RM300,000 itu adalah untuk memberi inspirasi kepada generasi muda agar berusaha mengejar impian mereka.

Saya minta maaf, sebelum ini salah cakap ada kereta mewah kena jaga imej. Tujuan saya sebenarnya mahu generasi muda ada motivasi membeli kereta idaman mereka. Memang saya mahu mereka jadikan inspirasi tetapi tersalah cakap sebelum ini sehingga kena kecam.

Fokus kerjaya dan impian miliki rumah

Img 9490

Di usia 19 tahun, Zaki menganggap pembelian kereta ini sebagai satu bentuk pelaburan dalam kariernya.

IKLAN

Bagi saya, kereta itu adalah pelaburan. Sebagai penyanyi muda, saya perlu melabur. Kalau rumah pula memang ada terfikir cuma minat sekarang lebih kepada kereta.

Bagaimanapun, dia tetap menyimpan impian untuk memiliki rumah sendiri di masa hadapan, tetapi mahu fokus pada kerjaya terlebih dahulu.

Tanah sudah ada cuma buat masa ini mahu fokus karier dahulu. Kalau ada rezeki, baru akan fikir bina rumah.

#ApaKataOhmedia

Tak salah nak kejar impian, tapi utamakan keperluan sebelum kehendak! Miliki aset seperti rumah juga penting untuk masa depan yang lebih stabil.

Copy of Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: HibGlam


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas