Oh! Artis
Yusof Haslam Gembira, Akhirnya Keluarga Kembali Bersama
Selepas pelbagai kontroversi melanda, akhirnya pengarah terkenal Syamsul Yusof memilih untuk beraya bersama keluarganya pada tahun ini.
Perkara ini disambut dengan penuh rasa syukur oleh bapanya, Datuk Yusof Haslam, yang menganggap keputusan itu sebagai satu langkah yang baik.
“Buang ego, pilih jalan berdamai”- Yusof Haslam.

Bagi Yusof Haslam, keutamaan dalam hidup adalah kedamaian, terutama dalam hubungan kekeluargaan. Beliau menekankan bahawa ego hanya akan membawa lebih banyak masalah dalam kehidupan.
Jangan simpan dalam hati kerana nanti kita akan jadi tidak tenang. Jiwa akan memberontak dan rasa semua perkara serba tidak kena.
Beliau turut berkongsi bahawa dalam rumah tangga, beliau sendiri lebih memilih untuk mengalah terlebih dahulu jika berlaku perselisihan, semata-mata demi mengekalkan keharmonian keluarga.
Hubungan Syamsul dan Puteri Sarah semakin baik…

Selain hubungan dengan keluarga, Syamsul juga dikatakan semakin baik dengan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana. Mereka dikatakan sudah lebih terbuka untuk bertemu dalam acara keluarga dan sebelum ini pernah berbuka puasa bersama.
Dunia ini kecil sahaja, pusing-pusing pun akan jumpa balik. Kalau ada sahabat yang sebelum ini kita bergaduh atau selisih faham, ambillah jalan untuk berdamai.
Menurut Yusof Haslam, beliau mahu melihat hubungan yang baik antara bekas suami isteri, tanpa perlu bermusuhan.
#ApaKataOhmedia
Dalam hidup, ego sering menjadi penghalang dalam hubungan. Seperti kata Yusof Haslam, tidak salah untuk mengalah demi kedamaian, lebih-lebih lagi dengan keluarga.
Jika ada perselisihan, mungkin ini masanya untuk kita belajar memaafkan dan membuka lembaran baru. Apa pendapat korang?

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM