Oh! Artis
Yassin Hilang Dari Radar? Saiful Apek Sahkan Kepulangan Sebelum Aidilfitri
Nama Yassin Yahya, pelawak popular dari kumpulan Senario, kembali menjadi bualan selepas dilaporkan bakal pulang ke tanah air sebelum Aidilfitri. Namun, di sebalik berita kepulangannya, masih banyak persoalan belum terjawab.
Spekulasi mengenai seorang pelawak yang ditahan di Jeddah atas kesalahan dadah awal tahun ini semakin kuat, terutama selepas rakan seperjuangannya, Saiful Apek, mengesahkan Yassin berada di luar negara sejak tahun lalu.
Saiful Apek buka mulut, jelaskan Yassin bukan ditahan dalam penjara Jeddah…

Ketika ditemui media, Apek mengakui semua anggota Senario memilih untuk berdiam diri kerana menghormati perasaan keluarga Yassin.
Dari maklumat keluarga, difahamkan Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri ini. Saya tak kisah orang nak cakap saya berat sebelah atau sengaja nak ‘cover line’, tapi apa yang boleh saya katakan, Yassin mungkin tidak pandai mana, tapi dia juga tak bodoh.
Menurutnya, undang-undang di Arab Saudi sangat ketat apabila melibatkan kes dadah, di mana hukumannya boleh sampai ke tahap hukuman mati.
Yassin jalani pemulihan…

Apek turut berkongsi bahawa dia ada berhubung dengan Yassin melalui aplikasi Zoom dan melihat perubahan positif yang dialami rakannya itu.
Berat badan Yassin bukan sahaja bertambah dari ‘S’ ke ‘M’, tetapi lebih membanggakan, sudah khatam 20 juzuk al-Quran.
Jelasnya lagi, Yassin sebenarnya bukan ditahan di penjara seperti yang disangka ramai, tetapi berada di pusat pemulihan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Saya lega melihat keadaannya baik di sana hingga boleh hafaz 20 juzuk al-Quran. Tiada perkara terjadi secara kebetulan dan saya gembira dengan perubahannya itu.
Sejak beberapa bulan lalu, ketiadaan Yassin dalam kumpulan Senario menimbulkan pelbagai persoalan. Peminat mula mengaitkan kehilangannya dengan laporan media sebelum ini mengenai seorang pelawak yang ditahan di Jeddah kerana memiliki ganja.
Individu itu dikatakan telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan sejak November tahun lalu. Namun, sehingga kini, identiti sebenar pelawak terbabit masih belum didedahkan secara rasmi.
BACA: Wahid Dedah Sesuatu Mengenai Yassin Senario!
#ApaKataOhmedia
Apa pun cerita sebenar di sebalik kehilangan Yassin, yang pasti peminat ternanti-nanti kepulangannya. Jika benar dia menjalani pemulihan dan berubah ke arah lebih baik, itu satu perkara yang harus disokong. Sama-sama kita nantikan penjelasan dari tuan badan sendiri apabila tiba masanya.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM