Connect with us

Oh! Media

Yasin Sulaiman Terkejut Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup, Sebut Keputusan “Pelik”

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Artis

Yasin Sulaiman Terkejut Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup, Sebut Keputusan “Pelik”

Hari yang gelap dan suram. Itulah yang dirasai oleh penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, selepas digari dan dibawa ke Penjara Kajang hari ini.

Ohmedia sebelum ini berkongsi tentang keputusan Mahkamah Tinggi yang mengetepikan hukuman Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta 16 sebatan terhadap Yasin, menyebabkan ahli keluarganya di galeri awam terkejut dan menangis.

Yasin, yang terkenal dengan lagu Mimpi Laila, turut menyifatkan keputusan tersebut sebagai sangat pelik.

IKLAN

Hari yang gelap dan keputusan yang sangat pelik. Apa yang saya tidak boleh terima kenapa saksi pakar tidak langsung diambil keterangan dan tidak dipakai (Mahkamah Tinggi). Itu sesuatu yang sangat pelik.- Katanya kepada media sebelum dibawa ke penjara.

Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhi hukuman tersebut selepas mendapati Yasin bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dadah, termasuk menanam 17 pokok ganja.

Dengan keputusan ini, Yasin akan membuat rayuan dalam masa terdekat melalui peguamnya di Mahkamah Rayuan.

Peguam Yasin, Ariff Azami Hussein, mengesahkan pihaknya akan menfailkan rayuan ke atas keputusan itu esok. Beliau menegaskan bahawa pasukan pembelaan masih percaya Yasin tidak bersalah dan perlu terus menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Keputusan hari ini, kita akur dan hormat, Mahkamah Tinggi ada hak untuk mengesahkan atau menukar apa-apa keputusan di Hakim Mahkamah Sesyen. Kita ada satu lagi lapisan di Mahkamah Rayuan dan kita akan lawan di peringkat ini.- Katanya.

Ariff Azami juga berharap rawatan dan perubatan yang sedang dijalani oleh Yasin akan diteruskan di Penjara Kajang nanti.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas