Terbaru, dalam satu temu bual program hiburan, Melodi, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, mendakwa bahawa dia pernah dipukul bekas pembantunya yang dikenali sebagai Amell.
Menurut Mak Wan, konflik antara dia dan Amell mula berlaku apabila dia didakwa melarikan duit serta mengambil barang kemas kepunyaan bekas pembantu peribadinya itu.
Dalam pada itu, Amell yang ditanya dalam satu temu bual berasingan mengaku bahawa dia pernah mengasari Mak Wan setelah diludah pelakon tersebut yang dikatakan tidak berpuas hati selepas ditanyakan soalan.
Selain itu, Mak Wan juga sebelum ini dituduh mengamalkan ilmu hitam namun perkara itu merupakan bait-biat dialog bagi sebuah drama semata-mata seperti yang dijelaskan Didie Alias.
Diharapkan agar konflik yang berlaku antara Mak Wan dan bekas pembantunya dapat diselesaikan dengan cara baik dan semoga kebenaran dapat ditegakkan.