Connect with us

Oh! Media

wardina

Oh! Artis

Wardina Ajak Boikot Akaun Selebriti Berjuta Pengikut Tapi Tak Tunjuk Solidariti Palestin

Pelakon dan juga personaliti TV, Wardina Safiyyah memaklumkan dia telah mengambil keputusan untuk menyekat akaun Instagram selebriti yang membisu soal Palestin.

Dalam hantaran Instagram, Wardina juga meminta pengiktunya untuk menamakan selebriti yang tidak bersuara mengenai konflik tersebut.

IKLAN

BACA: Tahukah Anda? Tiada Lagi Tempat Selamat Di Gaza

Saya rasa kita patut sekat artis muslim tempatan yang tidak bersuara langsung untuk berlaku adil. Namakan mereka.

Mereka perlukan anda untuk menyembah mereka. Kita tidak perlukannya. Berkongsi tentang betapa kayanya dan hebatnya kehidupan mereka tidak menjadi perhatian kita.

Sekurang-kurangnya kongsilah satu perkongsian. Sekurang-kurangnya kesedaran atau sesuatu berkaitan.

Wardina Safiyyah seronok sekat semua akaun selebriti tak ambil tahu tentang Palestin…

Tambahnya lagi, dia juga berasa seronok menyekat semua akaun selebriti yang didakwa tidak cakna dan mengambil peduli mengenai isu kemanusiaan yang berlaku di Palestin.

Why do you follow people like this? Sudahlah korang. Come on. Million of followers but not a single post. Do we live on the same world? Do you not see what I see?

I don’t even follow them but I’m blocking anyways. Sometimes I stop to see what they post but ok… block. I don’t care, I’ll do my part and be proud of myself! Omg best nya rasa block diorang ni.

Dia juga sempat memberi nasihat kepada netizen untuk tidak lagi menunjukkan sikap taksub terhadap selebriti seperti itu dan fokus untuk perkasakan diri dengan perkara lebih penting.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas