Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

(VIDEO) Tuju Lagu Buat Anak, ‘Sampai Menutup Mata’ Elyana Undang Sebak

Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu, Elyana, mendedahkan kanser limfoma yang dihidapinya hampir 10 tahun lalu kini sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha. Memetik laporan Harian Metro, Elyana memberitahu sel kanser lama sudah berkurangan tetapi merebak ke bahagian badan yang lain.

Para peminat semestinya turut bersimpati dengan nasib yang menimpa penyanyi ini. Walau pun sedang berjuang dengan kanser, Elyana nampak ceria di samping dua anaknya yang tersayang.

IKLAN

Terbaru, nyanyian Elyana khas buat si anak di Instagram mengundang rasa sebak netizen.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

Mendendangkan lagu ‘Sampai Menutup Mata’ nyanyian asal Acha Septriasa, penghayatan yang diberikan Elyana turut dirasai pendengar. Setiap bait yang disebut seolah-olah menggambarkan perasaan penyanyi tersebut. Sebak!

Pengikut di media sosial rata-rata mendoakan semoga penyanyi ini diberikan kesembuhan oleh Allah SWT. Mereka turut berduka melihat berat badan Elyana yang semakin susut hari demi hari.

Kredit: Elyana

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas