Lama menghilangkan diri, nama Caprice kembali menjadi sebutan apabila dia disahkan mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Farra Inalis.
Farra Inalis atau lebih mesra dipanggil Elis merupakan seorang ibu tunggal anak satu berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Menurut Elis, dia memilih Caprice sebagai suami kerana sifat penyayang yang ada dalam diri penyanyi rap itu terutama kepada anaknya.
Meninjau ke ruangan Instagram, Elis turut memuat naik momen mesra di mana anaknya dilihat tidak berenggang dengan Caprice. Alahai, manjanya!
Di ruangan komen, rata-rata memuji sifat penyayang dan bonding yang dibina Caprice bersama anaknya itu. Mereka mendoakan pasangan ini kekal bahagia selamanya.