Ramai yang mendoakan yang terbaik buat isteri pertama Aslam iaitu Misya yang dilihat cukup tenang dengan ujian kali ini. Semua kembali menjadi kecoh apabila Aslam dan Marissa didakwa telahpun bernikah di Thailand.
Walaupun pihak keluarga Marissa masih belum mengesahkan apa-apa, kakak ipar kepada Aslam iaitu kakak kepada Misya sudahpun mengesahkan dakwaan terbabit.
Sekarang, tersebar pula video menunjukkan Aslam sedang makan bersama-sama isteri pertamanya di sebuah restoran. Difahamkan video itu masih baru dan Misya terlihat tenang dan mesra bersama suami.
Video itu kemudiannya menjadi tumpuan warga maya dan ruangan komen dipenuhi dengan ucapan dan pertanyaan daripada netizen mengenai keberadaan Marissa.
Soal netizen, mengapa perlu ada yang ketiga sedangkan Masya dilihat cukup sempurna dan cantik.
Kami di Ohmedia sama juga seperti yang lain, hanya mampu mendoakan yang terbaik. Semoga segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik.