Siapa je yang tak kenal dengan pasangan selebriti popular, Neelofa dan Haris Ismail yang sering menjadi inspirasi kepada suami diluar sana yang bergelar suami isteri.
Terbaru! Terdapat satu video yang dimuat naik Haris menerusi Tiktoknya menunjukkan Neelofa yang manis bersimpuh sambil melentokkan kepalanya di paha Haris. Aww, sweetnya!
Perkara ini dirakam ketika mereka berdua hadir ke majlis pelancaran innai Nunha selain turut mengadakan sesi berbual santai dengan tetamu yang hadir.
Untung pak ustaz dapat isteri manja
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sungguh teruja melihat pasangan itu dan ada yang beranggapan bahawa mereka saling melengkapi antara satu sama lain.