Oh! Artis
Umisya Selamba Perli Suami Dah Tak Hensem Macam Dulu Dalam Live, Ini Reaksi Aslam
Dah lama rasanya tak dengar perkembangan pasangan pempengaruh terkenal, Umisya dan Aslam ni kan? Apapun, mereka berjaya menrik perhatian netizen selepas sesi siaran langsung mereka baru-baru ini.
Dalam sesi promosi produk, Umisya dengan tenang melemparkan sindiran kepada suaminya dengan menyatakan, Aslam dah tak hensem macam dulu…
“Aslam Tak Hensem Macam Dulu”- Umisya.

Semuanya bermula apabila seorang penonton meninggalkan komen bahawa Umisya memilih untuk kekal bersama Aslam kerana rupa parasnya yang kacak, walaupun ada kontroversi curang sebelum ini. Umisya pantas menafikan kenyataan itu.
Masa pertama kali saya nampak Aslam, dia lagi hensem dari sekarang. Tapi bila lama-lama baru nampak tak hensem pun rupanya.- Katanya bersahaja.
Sindiran itu membuatkan Aslam terdiam tetapi reaksi tenang Umisya membuatkan rata-rata netizen terhibur dengan cara wanita itu mengawal situasi.
Tersasul sebut “isteri kedua, Umisya undang tawa
Apa yang lebih menarik perhatian ialah apabila Umisya secara tidak sengaja menyebut dirinya sebagai “isteri kedua” ketika membalas komen penonton. Aslam segera membetulkan kenyataan itu sambil ketawa kecil, namun momen itu terus menjadi bahan jenaka dalam ruangan komen.
Saya hormat dia, walaupun dia macam tu dia tetap jaga isteri nombor dua. Eh, eh nombor satu. Salah cakap lah, nombor satu! Allahu Akbar, apooo.- Katanya sambil ketawa.
Untuk pengetahuan korang, Umisya dan Aslam mendirikan rumah tangga ketika mereka masih bergelar pelajar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mereka kini dikurniakan dua orang cahaya mata.
#OhmediaNasihat
Dalam rumah tangga, ujian itu lumrah. Kejujuran, komunikasi dan rasa hormat antara pasangan adalah kunci untuk mengatasi cabaran. Kalau ada masalah, berbincanglah dengan baik dan cari solusi terbaik. Jangan lupa, hubungan bahagia memerlukan usaha daripada kedua-dua pihak.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM