Sejak kebelakangan ini kecoh nama penyampai radio Tyzo Xander hangat dibualkan oleh netizen di media sosial selepas diberhentikan serta merta dari stesen radio Suria.
Terbaharu, Tyzo meluahkan perasaan syukur kerana sudah tiba di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Menerusi perkongsian di Facebook, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain turut berkongsi sebuah video memaparkan dia berada di bilik hotelnya yang memandang ke arah Kaabah.
Dalam video itu, turut memaparkan Tyzo yang memakai pakaian ihram sambil menunjukkan pemandangan dari bilik hotel selain mengucapkan terima kasih kepada individu yang menaja ibadah umrahnya.
Alhamdulillah rezeki, terima kasih Jay Ibrahim Travel, Haji Hariz dan juga Haji Jay, terima kasih banyak-banyak.
Dalam pada itu, Tyzo juga menulis rasa kesyukurannya kerana dapat menunaikan umrah ketika dia sedang menghadapi ujian pada ruangan kapsyen.
Syukur saya selamat sampai Mekah. Paling mengharukan, Haji Jay dan Haji Hariz tempatkan saya di tingkat 47, Hotel Swissotel tingkat paling tinggi Menara Jam Mekah.
Betul-betul menghadap Kaabah. Rezeki saat diduga.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan rasa kesyukuran terhadap Tyzo kerana dapat menunaikan ibadah umrah saat diduga.