
Oh! Artis
“Tu Tanggungjawab B*ngok”- Ini Respon Elisya Sandha Lepas Dikata Over Puji Suami Korban Waktu Tidur Demi Anak
Oleh
Pelakon Elisya Sandha baru-baru ini ada buat majlis aqiqah anak perempuannya yang bernama Bunga Elhaq pada Hari Raya Aidiladha. Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada pasangan terbabit atas kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
Elisya juga ada berkongsikan foto-foto sepanjang majlis aqiqah berlangsung di Instagramnya dan membuat nukilan istimewa untuk suami tercinta, Uzair Haqimy. Dia melihat suaminya itu sudah banyak berkorban demi anak seperti bangun setiap malam bagi menukarkan lampin pakai buang yang dipakai oleh anak.
Biarpun hanya ingin berkongsi perasaannya, ada sesetengah netizen yang berasa ‘muak’ melihat nukilan tersebut kerana merasakan ia sememangnya perkara yang perlu dilakukan apabila sudah bergelar ibu bapa.
Menurut mereka lagi, ia sememangnya merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk berbuat sedemikian dan bukannya satu perkara yang perlu ‘dibanggakan’ oleh Elisya.
11 JUL 2022
— KOMEN ISU VIRAL (@NakKomen) July 11, 2022
The comments though 🔪💀 pic.twitter.com/F7cSDJLli6
Sedar dirinya dikecam kerana membuat posting tersebut, pelakon terbabit mengambil jalan untuk tidak mengendahkan kecaman-kecaman yang diterima dan tidak memerlukan justifikasi warganet.
Tambahannya lagi, selagi perkongsiaannya bukan berbaur buruk, maka ia bukanlah satu hal yang besar yang perlu difikirkan olehnya serta keluarga.
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
