Connect with us

Oh! Media

Tidak Menjadi Kesalahan Untuk Salah Minta Naik Gaji Mingguan

Ohmedia salah

Oh! Artis

Tidak Menjadi Kesalahan Untuk Salah Minta Naik Gaji Mingguan

Selepas berjaya meledak gol hatrik dalam membantu pasukan Liverpool menentang Manchester United 0-5 beberapa hari lepas, Mohamed Salah dilihat sudah mula meminta agar gaji mingguannya dinaikkan.

Memetik laporan Harian Metro, Salah dikatakan meminta agar gajinya dinaikkan kepada £500,000 (RM2.85 juta) seminggu jika mahu dirinya terus berjuang untuk Liverpool.

Salah ugut mahu tinggalkan Anfield

Aespncdncom

Isu ini bukanlah baru bagi pengurusan Liverpool selepas Salah sebelum ini turut memberi tekanan kepada pemilik Fenway Sports Group. Minggu lalu Salah dikatakan memberi bayangan kepada pihak pengurusan untuk menamatkan kariernya bersama Liverpool.

IKLAN

Ramy Abbas yang mewakili Salah turut berpandangan pemain itu layak menerima bayaran RM2.85 juta seminggu. Lagi-lagi bila Slaah berjaya menjaringkan hatrik ketika membelasah Man United dan sentiasa menunjukkan mutu permainan terbaik.

Salah akan jadi pemain termahal dalam sejarah kelab

Whatsapp image 2021 10 24 at 100100 pm

Pemilik Liverpool yang berpengkalan di Amerika Syarikat bagaimanapun masih teragak-agak untuk bersetuju dengan permintaan Salah. Ini kerana, jika keputusan itu dibuat, ini akan menjadikan Salah sebagai pemain paling mahal dalam sejarah kelab malah antara yang berpendapatan paling tinggi di dunia.

Rundingan di antara Liverpool dan bintang Mesir itu masih berjalan. Salah bagaimanapun masih terikat dengan kontrak yang akan tamat pada tahun 2023.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas