Connect with us

Oh! Media

“Tak Boleh Terima Kenyataan?” – Berang Dikecam Netizen, Lana Nordin Beri Ayat ‘Deep’

Oh! Artis

“Tak Boleh Terima Kenyataan?” – Berang Dikecam Netizen, Lana Nordin Beri Ayat ‘Deep’

Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon tanah air, Lana Nordin semakin mendapat perhatian daripada netizen kerana mencetuskan beberapa kontroversi.

ADVERTISEMENT

BACA: Lana Nodin Belanja Video Tiba AS Tanpa Vaksin Khas Untuk Mereka Hina Dirinya

Terdahulu, Lana Nordin juga pernah mencetuskan kontroversi apabila menyarankan agar Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham supaya meletakkan jawatan selepas melihat angka jangkitan yang semakin meningkat.

Selain itu, dia juga turut digelar anti vaksin oleh kerana tidak mendapatkan suntikan itu dan bertindak berpindah ke Amerika Syarikat dimana tempat kelahiran suaminya.

Namun, dakwaan itu ditepis olehnya selain menyatakan bahawa dirinya akan mendapatkan suntikan di negara itu tidak lama lagi.

Lana Nordin berang dikecam netizen

Tidak habis dari itu, Lana Nordin dilihat berang dengan tindakan segelintir netizen yang bertindak menyerang laman Instagramnya baru-baru ini.

Perkara itu diluahkan Lana menerusi Insta story miliknya yang turut menasihati netizen yang tidak senang melihat kandungan di Instagramnya untuk mengabaikan perkongsiannya.

Menerusi hantaran itu, pelakon berusia 41 tahun itu menegaskan bahawa dia mempunyai hak dan bebas untuk memuat naik apa sahaja kandungan di Iaman media sosial itu.

Kepada yang ‘bernanah’ tengok video-video saya, saya nasihatkan tak payah tengok sebab nanti mengundang drama.

Saya tidak minta anda ikuti, lagipun engkau orang kata saya suam-suam kuku, tetapi datang juga tengok IG saya, dah kenapa?

Suka saya nak kongsi apa pun! Apa pasal? Tak boleh terima kenyataan?

Kenapa nak kecam tanpa sebab?

Menerusi hantaran itu juga, Lana turut mempersoalkan tindakan segelintir netizen yang tanpa sebab munasabah mengecam perkongsiannya di Instagram.

Bila saya ‘cuit’ dan kecam, ada saya bising dekat IG engkau orang? Sekarang bila saya balik sini, kongsi, korang pula yang panas punggung kenapa?

Sebelum kecam saya dahulu kamu tak fikir, sekarang tiba masa saya bagi keadaan sebenar kamu cakap saya riak pula?”

Mengakhiri ulasannya itu, dia turut berang dengan sikap segelintir netizen yang gemar memusing cerita tentang kehidupan peribadainya itu.

Kredit; Instagram Lana Nordin I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top