Oh! Artis

“Tak Ada Peluang Lagi Untuk Mu” – A Aida ‘Blacklist’ Ruhainies, Gantikan Dengan Bella Astillah

Published on

Penerbit terkenal, Datuk A Aida mengambil serius isu khalwat yang dikaitkan dengan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies baru-baru ini.

BACA: ‘Bukan Tangkap Basah’ – Ruhainies Minta Semua Pihak Tidak Memfitnah Dirinya

Memetik laporan Harian Metro, A Aida ‘blacklist’ nama Ruhainies daripada berlakon dengan produksinya kerana mahu memberi pengajaran kepada artis lain.

Jelasnya, Ruhainies sepatutnya terbabit dengan telefilem berjudul Elham Untuk Nian pada April nanti. Pihak produksi sudah memilih tarikh penggambaran tetapi Ruhainies masih belum menandatangani kontrak.

Kata A Aida, dia akan mengambil pelakon Bella Astillah untuk berlakon dalam produksinya nanti.

Saya juga mahu menjaga hubungan baik dengan Bella. Saya pun baik dengan Bella dan tidak elok jika saya ambil Ruhainies berlakon kerana isu yang berlaku membabitkan mereka.

A Aida tak mahu kes tangkap basah memberi kesan kepada drama atau telemovie terbitan produksinya jadi Ruhainies perlu akur apabila dia digantikan dengan pelakon lain.

Tegasnya lagi, bukan Ruhainies jer, mana-mana pelakon yang bermasalah dia akan terus ‘blacklist’.

Kredit: Harian Metro | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version