Oh! Artis

Tahniah! Atikah Suhaime Sah Bergelar Isteri Kepada Lokman Teh

Published on

Sebelum ini kami ada melaporkan yang pelakon jelita, Atikah Suhaime bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya yang merupakan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh.

BACA: Atikah Suhaime Umum Bakal Bernikah 21 Januari Ini

Menurut laporan Harian Metro, Atikah dan Datuk Lokman Teh selamat diijabkabulkan pada jam 8.54 malam dalam satu majlis tertutup di Cornerstone IPC, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Mereka dinikahkan oleh bapa kepada Atikah sendiri dengan mas kahwin sebanyak RM300. Bukan tu jer, rombongan pengantin lelaki serahkan tujuh dulang hantaran dam pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang.

Alhamdulillah! Tahniah buat Atikah dan Datuk Lokman. Semoga berbahagia hingga ke akhirnya bersama suami tercinta.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version