Pelakon wanita, Nad Zainal kini masih dirawat di hospital dan disebabkan itu rakan artis dan peminat telah melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal. Ini sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu keluarga Nad bagi menampung kos rawatan di hospital.
Pembukaan tabung ini diumumkan seorang pengarah yang juga sahabat Nad iaitu Shahrulezad Mohameddin melalui Instagram.
Tabung kecemasan ini adalah inisiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatan di hospital pakar untuk membantu meringankan beban keluargannya.
Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk bantu bersama.
Bagi yang berkemampuan, marilalah sama-sama kita membantu dan titipkan doa yang terbaik buat Nad agar dapat kembali sembuh macam biasa.