Connect with us

Oh! Media

syafiq amzah

Oh! Artis

Syafiq Amzah Dakwa Ibunya Sikit Lagi Nak Tampar Muka Shila Amzah

Drama pergaduhan anak-anak ND Lala yang digelar The Amzahs terus menjadi hangat selepas masing-masing bersuara membuka cerita kepada umum.

Terbaru, Syafiq Amzah mendakwa hanya dimaklumkan tentang kehadiran individu datang menilai banglo di saat-saat akhir.

IKLAN

Disebabkan itu, ibunya Fauziah Sarman terpaksa meminta individu terbabit untuk tunggu sekejap kerana mahu mengemas rumah yang bersepah disebabkan membela lebih 40 ekor kucing.

Orang tu sampai depan rumah baru dia nak bagitahu. Mak minta tangguhkan sekejap dalam satu ke dua jam.

Syafiq kemudian mendakwa permintaan ibunya itu tidak diendahkan Shila malah turut dikatakan menghina ibunya. Syafiq mendakwa ibunya mengadu yang Shila datang ke rumah dan menendang pintu banglo sebelum menengking.

Dia cakap orang tu (penilai) ada kerja, mereka bukan tiada pekerjaan macam mak. Dia hina mak saya. Ini mak saya yang cerita. Mak sampai menangis. Shila tengking mak.

Fauziah kemudian cuba menampar Shila namun hanya dapat mencapai cermin mata dipakai kakaknya.

Shila cakap ‘kepala otak mak la’, lepas itu ditolak mak… Bila dia tolak mak dan mak hampir terjatuh, mak nak lempang dia tapi tercapai cermin mata dia.

Mak saya pecahkan cermin mata dia dan dia maki lagi ‘mak ni memang tiada otaklah’ dan bukti mengenai kejadian itu ada.

Ohmedia pun tak faham kenapa semua ni perlu didedahkan kepada umum. Apapun, kita doakan yang terbaik buat keluarga ini agar segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas